Monday, December 16, 2013

BICARA GURU BESAR SK ALAI

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. – Marcus Aurelius
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.

Kata Aluan Guru Besar SK Alai 2014

KATA ALUAN GURU BESAR SK ALAI, MELAKA HAJI ADAM BIN MD DALI Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama-tamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dalam tahun yang berbahagia ini kita dapat bersama-sama berusaha merealisasikan visi dan misi SK Alai untuk menjadi sekolah yang unggul menjana transformasi pendidikan. Dalam memantapkan bidang pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 transformasi pendidikan ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21. “Quality teaching produces quality learning. Quality learning produces quality education. Finally quality education produces quality citizens.” Tema ini masih relevan dan kekal relevan untuk masa-masa akan datang. Tambahan pula kualiti adalah ibarat perjalanan, bukan distinasi; perjalanan yang tiada noktahnya. Quality has no ends: it is a journey, not a distination. Cabaran pendidikan alaf baru kini semakin bertambah. Walaupun kita telah berjaya membina suatu sistem pendidikan yang amat dibanggakan, perkembangan politik dan ekonomi global menuntut satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Persaingan pasaran kerja sangat sengit. Persaingan ekonomi peringkat global pula semakin kompetatif. Oleh itu, kualitilah yang bakal menentukan sama ada kita berjaya dalam persaingan tersebut atau sebaliknya. Pendidikan yang berkualiti banyak ditentukan oleh pihak guru. Jika kualiti guru dapat ditingkatkan ke tahap yang cukup tinggi, pastilah pendidikan kita dapat mencapai tahap gemilang, InsyaAllah. Impak daripada sistem pendidikan yang dirancang pada masa ini hanya akan dapat diukur selepas tahun 2020. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pendidik berusaha untuk meletakbetulkan (reposition) dan merekaraya (reengineer) sistem pendidikan supaya berkualiti dan berjaya melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri. Dalam konteks untuk merealisasikan perubahan ke arah membina dan membangunkan modal insan yang gemilang, seseorang pendidik itu seharusnya kaya ilmu, segar dan subur ciri kependidikannya malah harus memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berupaya membawa perubahan atau dalam konteks teoritisnya dinamakan kepimpinan transformasional. Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS. TERIMA KASIH CIKGU.

Saturday, April 23, 2011

7 Ciri positif untuk orang yang berjaya


1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin - apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.

Kenangan bersama Pensyarah UTM Dr Khadijah (Mama)
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.

Bersama isteri tersayang yang banyak memberi dorongan


2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!

Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.
Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.

Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.

Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, "Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh".

Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.

4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat".

Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.

Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri - berdikari.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar - sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?

Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud "Don't overstay." "Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan."

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh
"Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut." Bidalan - Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.

Wednesday, April 13, 2011

PROFIL GURU BESAR SK ALAI, MELAKA


NAMA : HAJI ADAM BIN MD DALI

Setiausaha MGB Kawasan Bukit China 2009-2012
Guru Besar SK Alai, Melaka PENDIDIKAN:
MCE, 1976, SM Tinggi Melaka
Dip Sains Pendidikan, 1980, Utm
Ijazah Pengurusan Pendidikan, 2010, Utm Skudai


PENGHARGAAN
APC 2002



SK Alai, Km 8, Alai, 75460 Melaka
PERKHIDMATAN GURU PPLD
SM Abu Bakar, Temerloh 1980
SM Syed Mashor, Batang Kali, 1986
SM Vokasional Alor Gajah, 1990
SMK DARY, 1992
SMK Padang Temu 2001



PERKHIDMATAN GURU BESAR
SK Serkam Darat 1.7.2004
SK Alai...1.4.2009

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.



Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
guru ku yang satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

Sunday, April 10, 2011

PENGENALAN


Assalamu'alaikom warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam Melaka Maju 2010
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinya kita dapat bertemu pada laman blog ini untuk kongsi pengalaman, pengetahuan dan sebagainya.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Tsunami comes without warning
Destroying all the buildings
Thank you for this sharing
Hope our needs is fulfilling

Not running but jogging
No entering without walking
With smiling and entertaining
Hoping the best and forgiving

Wabillahi taufik wal hidayah
Terima kasih
HAJI ADAM BIN MD DALI
GB SK ALAI, MELAKA