Wednesday, April 13, 2011

PROFIL GURU BESAR SK ALAI, MELAKA


NAMA : HAJI ADAM BIN MD DALI

Setiausaha MGB Kawasan Bukit China 2009-2012
Guru Besar SK Alai, Melaka PENDIDIKAN:
MCE, 1976, SM Tinggi Melaka
Dip Sains Pendidikan, 1980, Utm
Ijazah Pengurusan Pendidikan, 2010, Utm Skudai


PENGHARGAAN
APC 2002



SK Alai, Km 8, Alai, 75460 Melaka
PERKHIDMATAN GURU PPLD
SM Abu Bakar, Temerloh 1980
SM Syed Mashor, Batang Kali, 1986
SM Vokasional Alor Gajah, 1990
SMK DARY, 1992
SMK Padang Temu 2001



PERKHIDMATAN GURU BESAR
SK Serkam Darat 1.7.2004
SK Alai...1.4.2009

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.



Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
guru ku yang satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

No comments:

Post a Comment